Tentang ShopInBorneo

PENGENALAN

ShopInBorneo.com merupakan sebuah portal ‘Marketplace B2C‘ khusus untuk penggiat industri fesyen dan dunia jahitan di negeri Sabah untuk mengiklankan perkhidmatan serta barangan berkaitan:

  • rekaan fesyen (Perkhidmatan Rekaan Fesyen)
  • perkhidmatan jahitan (beroperasi dari rumah atau Kilang/Kedai beralamat di Sabah)
  • pakaian fesyen siap berjahit (berunsurkan etnik Sabah/Borneo yang dihasilkan diSabah)
  • pakaian tradisi (etnik Sabah)
  • pembekal bahan jahitan serta tekstil (beroperasi di Sabah)
  • aksesori fesyen – beg, kasut, rantai, subang dan berkaitan (buatan sahaja)
  • t-shirt corak etnik Sabah (siap dan ‘ready stock’ sahaja)

SENARAI YANG TIDAK DIBENARKAN

  • Pakaian/Aksesori Bundle
  • t-shirt PRE-ORDER
  • Pakaian/Akesori PRE-LOVED

Buat masa ini, semua perkhidmatan pengiklanan di ShopInBorneo ini adalah percuma kepada penggiat industri fesyen yang beroperasi di Sabah sahaja.

PENJUAL

Setiap ‘PENJUAL’ yang ingin mengiklankan di portal ShopInBorneo haruslah berdaftar dengan portal terlebih dahulu sebelum anda dibolehkan mengiklan. Pentadbir Sistem berhak untuk memadamkan sebarang iklan yang didapati tidak mematuhi peraturan serta melanggar syarat yang ditetapkan.

Untuk setiap barangan/perkhidmatan yang diiklankan diportal ini, PENJUAL adalah bertanggungjawap untuk memaparkan:

  • harga
  • emel
  • no telefon untuk dihubungi
  • lokasi serta alamat
  • minimum 1 gambar dan maksimum 5 gambar
  • pautan ke laman sesawang atau FB Page

Semua IKLAN yang berjaya dipaparkan akan diiklankan diportal ini selama 30 hari. Jika sekiranya barangan tersebut telah berjaya dijual, PENJUAL dikehendaki untuk memadamkan IKLAN tersebut.

PEMBELI

PEMBELI‘ adalah dinasihatkan agar tidak melakukan sebarang transaksi secara online diportal ini sebaliknya menghubungi terus si PENJUAL melalui emel atau no telefon yang tertera.

PEMBELI adalah dinasihatkan untuk berhati-hati ketika membuat sebarang urus-niaga dengan PENJUAL untuk mengelakkan sebarang kes penipuan.

PENAFIAN

ShopInBorneo merupakan portal yang dimiliki serta diselanggara oleh Chanteek Borneo Sdn Bhd. Portal ini tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana portal ‘Marketplace’ sedia ada atau mana-mana platform eDagang.

ShopInBorneo tidak bertanggungjawap atas segala transaksi jual-beli antara Penjual dan Pembeli yang telah bertemu di portal ini.

Chanteek Borneo Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kecuaian, kerugian atau kemalangan akibat penggunaan laman sesawang atau aplikasi ini.

%d bloggers like this: