KINABALU BONANZA! KINABALU BONANZA! KINABALU BONANZA!
Cart 0

Jom Buat 'Lihing'

ANDA TAHU APA ITU LIHING?

Lihing ataupun wain nasi ini merupakan salah satu minuman tradisi bagi masyarakat Sabah. 'Lihing' turut mengandungi kandungan alkohol. Di Sabah, 'lihing' kebiasaanya di hidangkan semasa majlis kebesaran dan juga semasa Pesta Menuai. 


JOM KITA BUAT LIHING!

Bahan-bahan utama dalam menghasilkan 'lihing' ialah beras pulut dan juga ragi. Ragi yang biasa digunakan ialah ragi tradisi yang dipanggil 'sasad'. 


Langkah 1: Beras pulut haruslah dibersihkan dan dimasak terlebih dahulu.

Slide1.JPG


Langkah 2: Sementara anda menunggu beras pulut masak, ragi ataupun 'sasad' perlu dihancurkan menjadi serbuk.

Slide2.JPG



Langkah 3: Beras pulut yang telah pun masak perlu diletakkan ke dalam talam yang besar agar nasi tersebut mudah sejuk. Secara tradisi, beras pulut kebiasaanya diletakkan ke dalam 'nyiru'. Setelah itu, gaulkan sebati nasi dan juga serbuk ragi tersebut.

 Slide3.JPG



Langkah 4: Selepas itu, masukkan nasi ke dalam bekas yang bersih. Untuk pengetahuan anda, masyarakat Sabah selalunya akan menggunakan 'tajau'. Samada anda menggunakan' Tajau' atau bekas biasa, ia haruslah ditutup dengan rapat. 


Slide4.JPG


Langkah 5: Nasi tersebut hendaklah disimpan sekurang-kurangnya selama 3 bulan. Setelah mencapai tempoh matang, air daripada nasi akan terhasil. Air inilah yang dikenali sebagai 'lihing' ataupun wain beras.

download (6).png


INGAT UNTUK DAPATKAN 'LIHING', DI SINI.



Older post